~ Abraham Lincoln~
Monday, August 11, 2008
Wednesday, May 21, 2008
PeLAYARAN kITa
Thursday, November 29, 2007
Moulding THE Future Human - WHO's job?
WHO knows what women can be when they are finally free to become themSELVES? WHO knows ... ? WHO knows of the possibilities of love when men and women share not only children, home and garden, not only the fulfilment of their biological roles, but the RESPONSIBILITIES and PASSIONS of the work that creates the HUMaN future.Source: Betty Friedan (1963), The Feminine Mystique, Penguin Books, England, p.331
Thursday, August 09, 2007
Way to Live
About eight thousand or perhaps ten thousand years ago, our ancestors transformed themselves from vagrant food-gatherers, hunters, and fishermen into sedentary tillers of the soil and breeders and sheperds of livestock. Their survival of this previous testing transformation is a precedent that offers us grounds for hope that we, in our turn, may be going to survive our own ordeal. ... Since our ancestors rose to the occasion, we, their decendents, are presumably capable of emulating them if we display the courage, vision, and inventiveness that were our ancestors salvation.
Monday, July 23, 2007
shh....Let's Listen
Intuition and logic are two sides of the same coin. There's a place and a need for both. We need to LEARN to accept each side. Letting go judgement is the key. Judging or criticising can stop us from hearing our intuitive voice.
Thursday, June 28, 2007
NoThing is IMpossible
It is POSSIBLE for adults to work and still build strong families. It is POSSIBLE for mothers and fathers to share work and home responsibilities. It is POSSIBLE for them to draw upon extensive child care services to help them in this, without sacrificing any of their rights and duties as parents. All this POSSIBLE, but only if the work world, along with government and communities ADAPTS and COOPERATES
Wednesday, May 09, 2007
Friday, February 23, 2007
Mother Earth ... whose responsibility?
... Included in this landscape concept are both the natural landscape such as mountains, rivers, seas. swamps and jungle, and the cultural landscape, which comprises the signature of human activity and creativity such as settlements, towns, cultivated lands, ruins and transportation networks.
The qualities and properties of the environment are a product of human consciousness. It is human beings who differentiate nature by defining it, colouring it, feeling it with emotions, systematizing and ordering it, and giving it meanings.
Friday, January 26, 2007
Hope & wisH
Ref: Jerry A. Jacobs and Kathleen Gerson (2004), The Time Divide: .. Cambridge, Harvard University Press. p. 6In the BEST of all possible worlds, neither Mothers nor Fathers would be penalized for taking care of their children. And surely such a world would not penalize women more than men.
... Mothers and Fathers alike fear that family-friendly workplace policies come with significant strings attached.
changing TIMEs
Ref: Arlie Russell Hochschild (1997), The Time Bind: .. New York: Metropolitan Books (pp: 257-258)The TIME experiment at ESI, Xerox, and Amerco involve modest, practical adjustments whose true lesson is that our time bind is not an immutable given but something we could alter. To make such changes, however, we have to DARE to want to change.
One thing we can learn is that small groups of people can bring about changes in culture and habit that an individual would NOT dare to attempt alone.
Any successful movement for social change begins with a VISION OF LIFE as it could be, with the notion that something potential could become REAL. So let's imagine ...
Let's imagine PTA meetings to which a large majority of the parents came, libraries where working parents can afford to devote their spare time to reading or literacy programs, and community gardens in which they and their CHILDren have the leisure to grow fresh vegetables. Picture ...
BUT vision alone will not be ENOUGH. ..
Sunday, January 21, 2007
Proceed nexT leVel
Dear lady can you hear the wind blow.And did you know
Your stairway lies on the whispering wind.
And as we wind on down the road.
Our shadows taller than our soul.
There walks a lady we all know.
Who shines white light and wants to show.
How everything still turns to gold.
.. . part of Led Zeppelin's "Stairway to Heaven" lyrics, lyricists: Robert Plant and Jimmy Page
Saturday, January 20, 2007
REAL teachERS
TEACHing is certainly a noble profession and everyone of us is playing the teacher role in some way or other in our daily life. Moulding the young minds to become useful, responsible beings on this earth needs teachers who not only have lots of passion and patience, but also uphold outstanding moral virtues. Jgn jd spt pepatah melayu yg mengatakan "seperti KETAM mengajar anak ... "
Thursday, January 18, 2007
REAL Dreams
My shadow's the only one that walks beside meMy shallow heart's the only thing that's beating
Sometimes I wish someone out there will find me
'Til then I walk alone
Im walking down the line
That divides me somewhere in my mind
On the borderline of the edge
And where I walk alone
Read between the lines of what's
screwed up and everything's alright
Check my vital SIGNS to know I'm still ALIVE
Part of Greenday's BLVD of Broken Dreams Lyric, Lyricist: Billie Joe
Tuesday, January 02, 2007
SINARi lah
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Menjelmalah bintang, Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal
Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan
Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya ...
Petikan dari lirik lagu Secebis Harapan nyanyian NORA, penulis lirik: Noor
Tuesday, December 26, 2006
New Century Club "JUST be glad"
Petikan dari Jackson, W. (1996), Matfield Green in Rooted in the Land: Essays in Community and Place edited by William Vitek and Wes Jackson, New Haven: Yale University PressKeep us, O God, from pettiness; Let us be large in thought, in word, in deed.
Let us be done with fault-finding and leave off self-seeking.
May we put away all pretence and meet each other face to face, without self-pity and without prejudice.
May we never be hasty in judgment and always generous.
Let us take time for all things; make us grow calm, serene, gentle.
Teach us to put in to action our better impulses; straightforward and unafraid.
Grant that we may realize it is the little things that create differences; that in the big things of life we are one.
And may we strive to touch and to know the great common woman’s heart of us all, and oh, Lord God, let us not forget to be kind
- Mary Stewart
Sunday, September 25, 2005
Pelajar UiTM Peka
Dalam usaha menerapkan nilai murni di kalangan para pelajar, satu usaha amal telah dilancarkan. Program amal ini melibatkan kutipan derma oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Semester 07 UiTM Shah Alam. Pelajar-pelajar telah membuat kutipan secara kumpulan kecil selama dua minggu. Mereka mengunjungi bilik-bilik kuliah, bilik-bilik pensyarah, kolej kediaman pelajar, ibubapa, dan rakan-rakan. Antara mereka yang telah menderma adalah pelajar dan pensyarah di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitaif, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Senilukis dan Senireka, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) (juga jemaah masjid UiTM), penghuni kolej Mawar, kolej Melati dan kolej Anggerik. Sumbangan juga diterima dari ibubapa serta rakan-rakan pelajar. Sejumlah RM6000.00 telah berjaya di kumpulkan. Pasaraya Giant Taman Sejati Indah Sungai Petani telah bermurah hati menaja sebahagian kos pembungkusan hamper dan menyumbang 6 dozen air mineral 1.5L untuk program ini.Pelajar-pelajar menyusun hamper. Sejumlah 106 buah hamper disampaikan
PIHAK JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PENDERMA YANG TELAH MEMBERIKAN KERJASAMA SERTA SOKONGAN TERHADAP USAHA MURNI INI.
Tn. Hj. Ahmad Suhaimi, pensyarah UiTM bersama En. Ismail, yang lebih mesra dengan panggilan Pak Long, Pengerusi JKKK Kg. Tepi SungaiDalam program lawatan akdemik untuk projek studio mereka pada 16 hingga 26 Ogos yang lalu, para pelajar sempat mengadakan satu majlis penyampaian sumbangan pada malam 22 Ogos 2005. Kutipan yang dikumpul disampaikan dalam bentuk ”hamper” kepada penduduk Kg. Kepala Jalan dan Kg. Tepi Sungai, Mukim Kuala dan Hj. Kudong, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Mereka ini merupakan penduduk kampung yang telah terlibat dengan bencana tsunami dan mengalami kerosakan rumah dan harta benda semasa kejadian berlaku pada 26 Disember 2004 yang lalu.

Mangsa bencana Tsunami yang hadir sempat bercerita kepada pelajar-pelajar pengalaman mereka semasa bencana berlaku
Penyampaian sumbangan ini merupakan titik permulaan kepada jalinan hubungan yang berterusan di antara para pelajar dengan masyarakat kampung. Adalah diharapkan pelajar-pelajar akan kembali mengunjungi keluarga angkat mereka di Kg. Kepala Jalan dan Kg. Tepi Sungai dimasa-masa akan datang.
Pn. Habsah Hashim, penyelaras studio Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah 07 meraikan mangsa bencana tsunamiBerbagai usaha susulan boleh diaturkan mengikut keperluan masyarakat kampung dan juga kemahiran serta kebolehan para pelajar. Moga ikatan silaturrahim yang telah dibina ini terus kekal – paling tidak, sekadar menjenguk dan bertanya khabar kepada keluarga angkat – juga sudah memadai. Walaupun para pelajar sudah tamat pengajian dan telah menjawat jawatan tinggi nanti, moga hubungan silaturrahim yang telah dibina akan terus berkekalan.
Penghargaan buat Jawatankuasa Kelas yang sanggup menyahut cabaran ini... Radzi dan Norida serta Syazrul yang berjaya menggerakkan rakan-rakan pelajar yang lain.
Masyarakat kampong menyambut baik kehadiran pelajar-pelajar UiTM. Penduduk berterima kasih di atas ingatan dan usaha pelajar-pelajar iniSYABAS KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH SEMESTER 07, JULAI-NOVEMBER 2005 DI ATAS USAHA DAN KEIKHLASAN ANDA SEMUA UNTUK MENJAYAKAN PROJEK AMAL INI
Thursday, September 08, 2005
Pendaftaran anak cacat kurang sambutan
Warkah Kepada Pengarang Akhbar Berita Harian
Disiarkan pada hari Rabu, 16 April 1997, mukasurat 11 (Ruangan Surat)
SAYA merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Peter Tinggom, yang dipaparkan dalam ‘Renungan Selasa’ Harian Wanita 1 April 1997.
Saya menyokong kenyataan bahawa kesedaran mendaftar anak kurang upaya di kalangan orang ramai patut dipertingkatkan. Kementerian sudah melancarkan kempen untuk mendaftar orang kurang upaya pada Mei tahun lalu, tetapi tiada sambutan dan sokongan daripada masyarakat.
Anak istimewa yang berdaftar masih terlalu kecil bilangannya dibanding dengan anggaran kementerian yang berpandukan kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Namun, untuk menuduh ibu bapa bersikap acuh tak acuh atau malu tidak bertempat kerana mempunyai anak kurang upaya sebagai punca kegagalan program kerajaan adalah ibarat menuding jari, mencari kesilapan orang tanpa mengkaji serta mencermin diri dan mencari kesilapan sendiri.
Tidak dinafikan ada di antara ibu bapa yang bersikap acuh tak acuh dalam hal ini. Namun Kementerian Pembangunan Negara dan Pembangunan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri serta Daerah sepatutnya mengatur langkah untuk mengenalpasti keluarga malang ini.
Pelbagai organisasi di peringkat kampung, taman perumahan dan mukim boleh digerakkan dengan usaha ini.
Ibu bapa yang bersikap begini selalunya tidak menyedari akan program kementerian ataupun terbelenggu dengan pemikiran kolot anak istimewa membawa aib kepada keluarga, lantas ia disorok di rumah saja. Keluarga dan anak istimewa begini amat memerlukan ihsan serta sokongan.
Pada pandangan saya, kebanyakan ibu bapa lebih bersikap terbuka dan sedar perkembangan semasa serta fungsi mereka. Saya pasti ibu bapa yang mempunyai anak istimewa tentu dinasihati doktor yang mengesan kecacatan anak mereka dan dirujuk kepada pertubuhan kerajaan atau badan sukarela berhampiran yang dijangka dapat membantu menangani masalah anak mereka.
Dalam proses membesarkan anak ini sudah pasti mereka pernah mengisi satu atau beberapa jenis borang. Setiap organisasi mempunyai borang tersendiri sebagai rekod mereka; ada juga yang menggunakan borang Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tujuan kemasukan ke sekolah khas.
Ibu bapa begini tentu berpendapat mereka sudah melaksanakan tanggungjawab mendaftar anak istimewa mereka. Namun, hakikatnya, borang itu tidak dimajukan kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat kerana ia hanya digunakan oleh pertubuhan tertentu saja. Anak ini masih tidak termasuk dalam statistik orang kurang upaya negara.
Satu langkah yang boleh diambil oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat adalah untuk menyemak daftar di setiap pertubuhan kebajikan serta sekolah khas yang wujud di seluruh negara serta membandingkannya dengan pangkalan data di kementerian.
Selain itu, borang pendaftaran ini juga boleh diagihkan kepada hospital serta klinik kerajaan dan swasta untuk diberikan kepada ibu bapa yang berkenaan.
Langkah itu bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan. Golongan kurang upaya hanyalah peratus daripada jumlah penduduk negara.
Selain isu mendaftarkan anak kurang upaya, saya rasa Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat perlu menghadapi satu isu yang lebih mencabar menjelang alaf baru ini. Dalam keghairahan Malaysia menuju taraf negara maju, masyarakatnya juga perlu maju.
Pembentukan masyarakat penyayang adalah satu cabaran Wawasan 2020. Apakah masyarakat Malaysia mampu mempamerkan ciri masyarakat maju yang penyayang dalam jangkamasa yang amat singkat ini?
Kenyataan bahawa ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya bersikap ‘malu tidak bertempat’ melambangkan ceteknya pengetahuan serta kefahaman mengenai kehidupan insan serta keluarga yang kurang bernasib baik. Mereka terpaksa mengharungi pelbagai rintangan serta berdepan dengan bermacam cabaran.
Malu mereka bertempat; masyarakat terlalu kejam; insan sempurna bertindak zalim terhadap insan cacat. Ternyata perjalanan kearah pembentukan masyarakat penyayang masih terlalu jauh jika program tindakan yang mantap tidak diatur.
Lidah Buaya
Shah Alam

Boycott will hurt us more
Warkah Kepada Pengarang Akhbar The Star
Disiarkan pada hari Ahad, 13 April 2003, mukasurat 32
(Ruangan Comment / Kolum Mail)
I AGREE with Youth and Sports Minister Datuk Hishammuddin Tun Hussein's statement that boycotting American brands will affect our economy, “Boycott of American brands not the answer” (The Star, April 8).
In terms of trade, Americans have become excellent business partners. American products and services have penetrated all over the world. Levi's, BUM, Ford, Avon and IBM are just some of the common brands preferred by many in our society, even in the remote parts of the country. Fast-food restaurants like McDonalds, KFC and Pizza Hut have captured the hearts of many Malaysians.
It is true that boycotting these products and services would create great losses to some of our prominent entrepreneurs and also leave many youths unemployed. We all should work together to uphold the peace and stability that is so unique to Malaysia. In doing so, we must also promote our own identity, culture and tradition.
Would it be the right time now to call KFC, Kampung Fried Chicken?
SWEET & SOUR
Shah Alam, Selangor

Semangat sukarelawan harus dipupuk sejak kecil
Warkah Kepada Pengarang Akhbar Berita Harian
Disiarkan pada hari Jumaat, 22 September 2000,
mukasurat 32 (Ruangan Surat)
SAYA bersetuju dengan kenyataan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman yang mahu mewujudkan pasukan sukarelawan sosial berkualiti sebagaimana dilaporkan akhbar ini pada 8 September 2000.
Semangat sukarelawan agak rendah di kalangan masyarakat Malaysia, terutama Melayu, walaupun agama Islam memerlukan kita memenuhi tuntutan fardu kifayah disamping melaksanakan kewajipan fardu ain.
Ramai antara kita yang keberatan untuk mengorbankan sedikit masa dan tenaga bagi kepentingan masyarakat umum.
Lebih membimbangkan lagi, ketandusan semangat kesukarelawan jelas dilihat berlaku di kalangan anak muda, generasi pewaris bangsa.
Tanpa ganjaran dan habuan, tidak ramai yang ingin tampil memberi sumbangan mereka. Jika setiap kerja perlu diberi ganjaran, semangat sukarela tidak akan tercerna. Ada juga yang bekerja kerana diarah atau dipaksa. Semangat sebegini perlu dikikis segera.
Umum mengetahui rumah adalah tempat proses mendidik pertama dan yang paling utama bagi seseorang kanak-kanak.
Oleh itu, semangat sukarelawan perlu dipupuk dari rumah lagi.
Ibu bapa perlulah memainkan tanggungjawab masing-masing dalam membentuk nilai murni anak-anak.
Ibu bapa perlu menjadi contoh. Jabatan Kemajuan Masyarakat boleh memainkan tanggungjawab membekalkan ilmu dan melengkapkan ibu bapa dari segi mendidik dan menangani anak-anak terutama di era ledakan teknologi maklumat masa kini.
Sekolah adalah institusi pendidikan kedua bagi setiap kanak-kanak atau pelajar.
Selain menekankan aspek kecemerlangan akademik, sekolah juga perlu memainkan tanggungjawab dalam penerapan nilai murni di kalangan murid atau pelajar masing-masing. Dalam konteks ini, kegiatan kokurikulum perlu diberi lebih penekanan kerana ia banyak membantu mendidik seorang individu kepada nilai hidup murni yang diperlukan oleh negara.
Guru boleh mengaturkan program gotong-royong di sekolah. Pelajar juga boleh dibawa ke institusi kebajikan seperti rumah orang tua dan pusat kanak-kanak cacat untuk melakukan projek gotong-royong seperti membersih kawasan, menanam pokok dan mengecat bangunan.
Kegiatan sebegini akan menerapkan sikap penyayang dan rasa tanggungjawab di kalangan pelajar.
Selain itu, pelbagai pihak boleh menyumbang ke arah membentuk pasukan sukarelawan berkualiti. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat boleh mendaftar serta mengeluarkan direktori sukarelawan dan pertubuhan kebajikan mengikut kawasan.
Direktori ini dapat membantu keluarga serta individu yang memerlukan khidmat sukarelawan.
Syarikat pengangkutan awam boleh memberi potongan tambang kepada sukarelawan. Begitu juga dengan hospital serta klinik swasta. Ini pastinya memudahkan sukarelawan serta menggalakkan lebih ramai lagi tampil memberi khidmat secara sukarela.

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)