Sebelum pulang ke kampus, 28 orang pelajar berkenaan telah mengadakan program amal di Rumah Amal Yan, sebuah pusat latihan warga kurang upaya. Para pelajar telah mengumpul derma dari pelbagai pihak di UiTM untuk program amal berkenaan. Antara yang menyumbang adalah para pelajar, pensyarah dan staf Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, penghuni kolej serta rakan-rakan mereka. Sumbangan juga diterima dari agensi dan individu luar.
Siswa-siswi kemudian menyanyikan beberapa buah lagu diikuti dengan majlis penyampaian sumbangan kepada setiap murid OKU dan barangan kepada Penyelaras Rumah Amal Yan. Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh pensyarah pengiring, Prof madya Dr Habsah Hashim. Yang paling menyayat hati adalah disaat perpisahan apabila murid-murid OKU menyanyikan lagu "Namun ku Punya Hati" dengan cara dan kemampuan mereka sendiri. Ramai yang tersentuh dengan penyampaian bersahaja penuh ikhlas dari mereka..ramai yang menitiskan airmata... ada murid OKU yang memeluk abang-abang serta kakak-kakak yang sudi meluangkan masa untuk bermesra dengan mereka petang itu. Namun...kami harus pulang ke Shah Alam..tengah malam baru kami sampai ke kampus.
No comments:
Post a Comment