Thursday, September 08, 2011

Lawatan Ke Rumah Amal Yan, Kedah










Siswa-siswi Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah Semester 07B, Sessi Disember 2010-Mei 2011 telah mengadakan program amal kommuniti semasa lawatan akademik mereka untuk projek studio Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Yan. Kajian tapak yang mengambil masa 6 hari bermula Isnin 7 Februari 2011 telah dipenuhi dengan pelbagai taklimat, tinjauan ke kampung-kampung, kawasan pertanian, perindustrian serta tarikan pelancongan yang terdapat disekitar daerah. Para pelajar juga menjalankan pelbagai jenis kajiselidiek mengikut keperluan silibus mereka.
Sebelum pulang ke kampus, 28 orang pelajar berkenaan telah mengadakan program amal di Rumah Amal Yan, sebuah pusat latihan warga kurang upaya. Para pelajar telah mengumpul derma dari pelbagai pihak di UiTM untuk program amal berkenaan. Antara yang menyumbang adalah para pelajar, pensyarah dan staf Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, penghuni kolej serta rakan-rakan mereka. Sumbangan juga diterima dari agensi dan individu luar. Pelbagai aktiviti diadakan bersama dengan kanak-kanak OKU yang hadir pada petang yang indah itu. Para guru-guru serta petugas Rumah Alam Yan juga turut hadir. Selepas mengikuti beberapa aktiviti, semua yang hadir menikmati sedikit jamuan yang disediakan oleh para pelajar.









Siswa-siswi kemudian menyanyikan beberapa buah lagu diikuti dengan majlis penyampaian sumbangan kepada setiap murid OKU dan barangan kepada Penyelaras Rumah Amal Yan. Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh pensyarah pengiring, Prof madya Dr Habsah Hashim. Yang paling menyayat hati adalah disaat perpisahan apabila murid-murid OKU menyanyikan lagu "Namun ku Punya Hati" dengan cara dan kemampuan mereka sendiri. Ramai yang tersentuh dengan penyampaian bersahaja penuh ikhlas dari mereka..ramai yang menitiskan airmata... ada murid OKU yang memeluk abang-abang serta kakak-kakak yang sudi meluangkan masa untuk bermesra dengan mereka petang itu. Namun...kami harus pulang ke Shah Alam..tengah malam baru kami sampai ke kampus.